Saturday 25 July 2015
PROJEK STG
STG ialah sebuah komuniti yang 1.Memasarkan produk kesihatan, kecantikan, barangan rumah melalui cara offline dan secara online melalui facebook lah biasanya..... STG Memasarkan produk yang superb dan berkualiti sangat laris dan disukai kerana terbukti berkesan. Untuk memastikan kita semua berjaya di bisnes STG ni maka program program ilmu juga di sediakan 2.Menyediakan Seminar untuk menambah ilmu berdoa dan ilmu berFB -MINDA MAGNET REZEKI -FACEBOOK GENIUS 3.Mempunyai Mentor yang telah berjaya, mentor yang sentiasa membimbing kepada kejayaan dan telah menjayakan ramai bisnesman dan bisneswoman secara online 4. STG buat promosi produk melalui FB. STG bimbing anda dapat bisnes partner baru melalui online di FB jerr. 5. STG bimbing secara face to face Dan online 6.Kami masukkan anda ke close group STG di FB 7.STG sediakan gambar produk, gambar testimoni keberkesanan produk . Menggunakan produk company terpilih sebagai altenatif . 8.STG sediakan semuanya untuk menjayakan anda. 9.Anda tinggal copy and paste jerrr. 10. STG coach anda 24 jam dalam room chatting tanya lah apa sajerrrr. Kami pasti jawab kan. 11. STG akan membimbing anda dari satu step ke satu step sehingga berjaya 12.STG menyediakan bayaran insentif pengenalan rakan baru. 13.Ilmu Spiritual Online Entrepreneur di berikan oleh STG memang miracle hasilnya. 14.STG telah memilih Syarikat Yang Kukuh untuk kami menjalankan bisnes yang mempunyai -Real bisnes -Real produk -Real bonus -Real company -Berdaftar -Company berada di papan utama bursa saham 15.Statement bonus dari company diterima oleh semua bank untuk kita beli aset. -Company ada tabung pelancongan -Company ada tabung kereta -Produk company terkenal untuk manfaat kesihatan , kecantikan, keintiman dan penjimatan. Kenapa boleh beri begitu banyak corong rezeki ? Sebab company kita pilih kukuh selama 26 tahun dan rekod yang bersih. 16.Dapat bonus atas setiap pembelian produk. Dapat untung runcit. Dapat tabung pelancongan dan tabung kereta. 17.Di masukkan ke dalam close group STG. Di masukkan dalam room chatting saya. 18.Dalam close group STG kita boleh copy gambar dan ayat tentang testimoni produk dan paste di wall sendiri. Segala gala STG dah sediakan. Jika anda nak!!!!!! Anda pasti berjaya bersama saya....... 19.Berpeluang memperolehi income yang sangat besar. Sebab kami sentiasa bimbing anda dan rakan yang anda bawa dengan seminar dan juga coaching. Sama ada coaching online atau face to face. 20.Syarikat yang kita ambil produk dan syarikat yang bayar bonus kita adalah syarikat berdaftar dan stabil berada di papan utama bursa saham. Bonus statement kita laku untuk beli aset. Semua bank terima kerana syarikatnya kukuh.
Wednesday 7 May 2014
TEMUDUGA
SOALAN LAZIM TEMUDUGA
SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA
Menghadiri temu
duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak?
Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih
ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara
ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji
soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang
bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang
penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan
mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan
tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya
mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Selain itu anda
juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang
anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang
ditanya nanti. Berikut adalah
beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya
pecahkan kepada beberapa bahagian:
1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan: Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan
tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang
sebelum ini?
Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan
sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau
anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan
terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar
kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota
tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.
Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja
sebelum ini?
Penerangan:Dalam
menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa
yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda
inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya
dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab
yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu.
Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat
kerja anda sebelum ini.
Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi
dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan:Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda
alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada
masalah tersebut.
Soalan: Apakah yang
telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila
anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada
perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara
penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan.
Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang
kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada
setiap orang, kerana tanggapan
pertama kita sering menyebabkan
kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat
kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih
awal daripada dew date.
Soalan :Apakah yang anda suka dan tidak suka
berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang
pekerjaan anda sebelum ini, anda
jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya
ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda
akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah
bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang
ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang
diri sendiri dan memberitahu tentang apa
yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan
dia seperti berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama
dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang
memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan
bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja
lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk
saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih
ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana,
masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat
kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan
kepada tempat kerja lama saya.
Soalan :Pernakah
anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana
anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya
saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya
melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada
sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian
perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak
berkawan.
Soalan :Kenapa
anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara
utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang
kedua ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia
seperti berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya
kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya
ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak
ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang
saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar
mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.
SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA
Selain daripada
soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan
personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini.
Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.
Soalan:Apakah
kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila
anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan
anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan
perkara yang negative kepada positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya
diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang
sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last
minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat
mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian
saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati
dengan apa yang saya lakukan.
Soalan :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk
anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan
menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum
ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti
berikut:
#Saya telah
mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus
diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir
mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya
untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.
#Saya mampu
mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu
setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.
Soalan :Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda
boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan
daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan
tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah
seperti berikut.
#Keupayaan saya
yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza
agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya
jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka
sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa
fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan
masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu
memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya
sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja
yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh
akhir tugasan diserahkan.
Soalan :Ceritakan seba sedikit tentang latar
belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus
member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda
sebelum ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy
bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja
saya.
#Saya seorang
yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik
untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan
kepada saya.
#Saya cekap
dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua
melaksanakan tugasan.
Soalan: :Cuba ceritakan cara kerja anda?
Anda perlu
member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut
adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat
fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa
menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk
kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat
kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang
seterusnya.
#Saya sentiasa
berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang
diberi supaya lebih cekap dan efisen.
Soalan:Bagaimana
cara anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam
soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan.
Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:
#Tekanan adalah
penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan
dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah
dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya
perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.
#Saya bertindak
berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan
yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.
#Saya bukanlah
seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan
berusaha untuk menyiapkan kerja saya.
Soalan:Apakah
perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh
jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah
seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti
kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih
diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan
prestasi kerja yang terbaik.
#Saya sentiasa
ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya
sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member
kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.
Wednesday 16 April 2014
5 Tips ~ Hilangkan Jerawat dengan Berkesan (Bahan Semulajadi)
5 Tips ~ Hilangkan Jerawat dengan Berkesan (Bahan Semulajadi)
Jerawat memang tidak dialu-alukan kehadiranya apatah lagi kalau menempek
berhari-hari di muka. Boleh menambahkan stress yang paling aku tak suka
yang tak ada mata tu. Dia timbul tapi tak boleh picit. Haihhh.. Blame
the hormone then. Kalau nak hilangkan parut boleh juga beli scar serum,
tapi pastikan tinggi kandungan vitamin E.
1. Jus Aloe Vera
Sapukan jus Aloe Vera 2 hari sekali dapat membantu menyembuhkan parut
jerawat. kalau ambil lendir kemudian sapu terus ke
muka. Senang, dan cepat. Petik je depan rumah.
Parut jerawat aku pun cepat pudar.
2. Bawang Putih
Mungkin agak pedih dan menyakitkan, tetapi bawang putih dikatakan terbukti mampu merawat jerawat.
Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa
kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik
juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih.
3. Tomato
Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk
rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato
dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air.
Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak.
4. Timun
Timun selalunya orang cicah dengan sambal sambil makan nasi lemak. wohh. sedap.
Tapi kalau nak cantik bolehlah blend timun sehingga hancur dan menjadi
sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45
minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat.
Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.
5. Madu
Madu ialah "a natural bacteria fighter and mosturizer"
Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan
selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu.
Hasil?. Tiada lagi jerawat. :)
kaedah kedua ialah ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kulit
kayu manis. Gaulkan sebati dan tempek sebatian di jerawat sebelum tidur
dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama 2 minggu,
jerawat hilang selamanya.
11 Manfaat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu
11 Manfaat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu
Anda tahu buah dengan nama punica
granatum? Boleh jadi tidak. Nama ilmiah tersebut merujuk pada buah
dengan warna cerah. Bagian dalamnya serupa butiran berwarna merah segar.
Benar, ia adalah buah delima atau yang juga populer dikenal dengan nama
pome fruit. Jika dirunut dari asalnya, maka buah bulat yang satu ini
berasal dari Timur Tengah. Meski demikian, kini ia dengan mudah dijumpai
di berbagai wilayah di dunia. Beberapa tahun belakangan ini, buah pome
atau delima ini sedang mraka dibicarakan. Pasalnya, penelitian ilmiah
membuktikan keunggulan buah ini dibanding buah populer lainnya.Delima
memiliki sejumlah khasiat bagi kesehatan pun kecantikan. Apa saja?
Berikut kami rangkum untuk Anda 11 manfaat buah delima untuk Anda.
- Manfaat buah delima yang pertama adalah keunggulannya dalam memelihara keremajaan. Ia bersifat anti-aging. Kandungan senyawa di dalamnya mampu melindungi tubuh dari radikal bebas. Manfaat ini bahkan lebih kuat jika dibandingkan buah semacam jeruk, apel dan lain-lain.
- Buah delima mampu melindungi organ ginjal. Hal ini telah dibahas di dalam Journal Renal Failure.
- Buah delima juga diketahui bisa melindungi organ hati. Hal ini sejalan dengan apa yang dikemukakan di dalam jurnal Toxilogy And Industrial Health. Konsumsi jus delima secara rutin bisa melindungi sekaligus memberbaiki hati yang rusak.
- Delima bersifat anti-alegic. Hal ini terkait dengan senyawa polifenol yang ada di dalamnya.
- Buah delima bisa mencegah serangan jantung. Hal ini sesuai dengan sebuah hasil penilitian yang dimuat di dalam Altheroclerosis. Buah delima memiliki kemampuan dalam mensintesis kolesterol dan kemudian mengancurkan zat radikal bebas yang ada di dalam sistem vascular kita.
- Salah satu manfaat buah delima yang banyak diperbincangkan adalah kemampuannya menangkal kanker. Hal ini telah diulas di dalam jurnal Translational Oncology. Disebutkan bawa buah delima mampu menangkal kanker payudara dan juga kanker kulit.
- Manfaat buah delima lainnya adalah untuk melindungi DNA. Hal ini terkait dengan kandungan anti-oksidan yang ada di dalam buah delima mampu melindungi komponen genetika tubuh manusia.
- Hal lain yang bisa didapatkan dari konsumsi buah delima adalah tekanan darah yang normal terjaga. Hal ini dijelaskan di dalam jurnal Plant Foods for Human Nutrition. Disebutkan bahwa sari delima bisa membantu juga mencegah tekanan darah naik.
- Manfaat buah delima lainnya adalah untuk mengatur kelainan yang disebut dengan sindrom resistansi insulin. Memang delima mampu menyeimbangkan kadar gula di dalam darah sekaligus meningkatkan kepekaan tubuh terhadap keberadaan insulin. Dengan demikian ia akan mencegah diabetes.
- Manfaat buah delima yang terakhir adalah mengoptimalkan obat-obatan. Sari buah delima sendiri diketahui mampu meningkatkan kinerja obatan khususnya yang dikonsumsi untuk membunuh bakteri jenis gram negatif. bakteri ini dikenal sebagai mikroba yang bisa melawan kerja obat.
Manusia Dan Ujian Hati – Muhasabah Diri
Manusia Dan Ujian Hati – Muhasabah Diri
Hati manusia sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk
mengharungi perasaan yang Allah anugerahkan ini.
Saat hati diuji dengan kecintaan pada manusia, airmata menjadi peneman setia. Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya. Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai satu nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala ia bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa, andai perasaan ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.
Aku hamba Tuhanku, bukan hamba cinta manusia..!
Seringkali berdoa agar Allah hilangkan perasaan yang bukan
pada tempat dan waktunya, supaya dapat terus mengharungi kehidupan seperti
biasa. Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Andai diberikan
lagi ujian menguji hati, lebih hebat dan perlunya ketahanan Iman yang lebih
mantap untuk mengharungi ujian ini.
Sungguh, Dia menguji dengan hikmah. Setiap darinya
diselitkan pengajaran, bukan sekadar ujian kosong. Berdiri hari ini,
meneruskan langkah, berbekal keyakinan yang tinggi padaNya, berserah segala
padaNya. Meniti hari dengan tanda tanya yang hanya Allah akan beri jawapan
suatu hari nanti.
Antara bertemu cinta manusia, atau lebih
pasti untuk bertemu janji denganNya di akhirat sana.!
Aku hanya
manusia biasa, kita hanya manusia biasa, yang sedang sentiasa cuba
perbaiki diri.
Mengagumi srikandi Islam dahulu,mengagumi sahabat-sahabt Nabi terdahulu,
namun jauh sekali dibandingkan dengan mereka. Mendidik diri, mendidik
jiwa, mentarbiyah hati
agar terus kuat melangkah dengan pasti, penuh keyakinan pada janji
Ilahi. Berpegang teguhlah dengan tali Allah, agar kita tahu bahawa Allah
sedang melakar sesuatu yang indah sebagai jalan kehidupan kita walau ia
ujian sukar buat kita.
“Rabbi
Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”
Ya Allah, permudahkanlah jangan kau susahkan,
semoga segalanya berakhir dengan baik
“Hasbunallah
wa ni’mal wakil”
Allah
cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga
DOA PENGASIH DAN DOA PELEMBUT HATI…
DOA PENGASIH DAN DOA PELEMBUT HATI…
1) Persoalan mahu rujuk pada suami yg tak ada tjgwb pada keluarga dan anak2, sedangkan anak2 ramai yg perlu disara.
secara jujur, bila saya ditempat tuh saya tak mungkin akan merujuk semula sbb seorg suami adalah KETUA keluarga… seorg ketua yg Berjaya memimpin org2 dibawahnya perlu menjaga akhlak perlakuannya, perbuatan dan tindakannya… bila sudah jelas seorg suami suka berpoya2 dan sering bertukar pasangan kekasih sehinggakan maksiat dilakukan secara sedar dgn akal yg waras ni… resiko besar PASTI menanti… neraka Allah tuhh luas, ada 7 tingkat… didlmnya sudah ditentukan org2 yg akan menjadi penghuninya… zina jugak ada neraka khas untuknya…. Kekdg saya tak faham, mengapa ada suami yg sanggup melakukan maksiat diluar sdgkan isteri ada dirumah… perkahwinan ni suci… utk mengikat antara 2 hati dan utk mencari ketenangan bukan kesengsaraan… bila suami tak bertgjwb pada hak2 yg dipertgjwbkan keatasnya, tak solat sepanjang hidup dan sering melakukan maksiat.. bukanlah seorg suami yg baik dan tak layak bergelar suami dlm islam… tak perlu mengejar suami sebegini… teruskan usha menyara anak2 seorg diri. Tak hina jadi seorg IBU TUNGGAL andai dlm hati putih bersih dari bersubahat melakukan dosa dgn merujuk semula pada suami lama dan membiarkan sisuami melakukan dosa saban waktu… persoalannya, bahagiakah bila keadaan sebegini berlaku didepan mata? Anak2 benarkah akan terjaga haknya? Bagaimana pulak soal nafkah zahir dan batin si isteri sendiri? Bagaimana kesan pada anak2 ataupun pada zuriat kelak sbb warisan KEJAHILAN sisuami yg akan turun pada zuriatnya. Andai tak bertaubat, anak2 pun bakal ikut perangai siayah. Saya ada baca dalam tulisan uts.zaharuddin, ust mengatakan bila suami atau isteri melakukan maksiat walaupun ‘RINGAN2’ saja, pasti akan turun pada zuriat bila tak bertaubat. Apa tah lagi bila sudah biasa terjebak dlm zina. Mahukah kita hidup senang sedangkan warisan kita tak sempurna akhlaknya… warisan itulah yg akan HALANG kita dari masuk syurga malah diheretnya kita ke neraka.. Nauzubillah…. Kalau saya ditempat siisteri, saya tak akan rujuk balik dgn menganggap HANYA sisuami dpt membantu menyara anak2. Mengapa perlu lupa Manusia ni tak ada kuasa diatas setiap sesuatu… tapi ALLAH itulah yg menggenggam kehidupan kita ni…. Rujuklah pada Rabb, mintalah pertolongan padaNYa… Jadikan doa sebagai ibadah rutin setiap hari. Andai takut soal REZEKI, belajarlah solat sunat dhuha. insyaAllah dgn istiqamah solat tuhh, rezeki lbh mudah dan terbuka luas… Allah tak kejam, manusia itulah yg kejam… sanggup menzalimi diri sendiri dan org lain. Sedangkan hari PEMBALASAN pasti akan menanti kelak dipadang masyar…. Cuba berfikiran terbuka, luaskan minda… jgn terlalu takut soal rezeki. Dulu saya pun sangat takut bab2 rezeki ni sbb saya jugak diuji dgnNYA, malah byk ujian terpaksa saya alami demi meneruskan usaha menyara orgtua saya hingga kepenghujung hayat… jgn merungut tapi cuba belajar memperbaiki diri. Mgkin rezeki kita ni kurang sbb kita malas nak tingkatkan ibadah kita. Kita Cuma nak buat ibadah WAJIB je dan tak mahu buat ibadah sunat. Sedangkan ibadah sunat adalah satu jalan yg sgt baik mencari keredhaanNYA, cth solat sunat dhuha… byk kebaikkan yg kita akan perolehi darinya… makin dekat pada Allah, rasa ketenangan bila dah lakukannya dan bonus paling utama kita dapat, rezeki kita jugak MENCUKUPI… bukanlah maksud solat dhuha tuh bagi kita KAYA, tapi rezeki kita akan cukup dan berkat… Rasulullah jugak mengajar kita dan mengajak kita melakukan sunah baginda dlm soal rezeki spt mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap mlm dgn istiqamah. insyaAllah, janji Rasul iaitu kita tak akan papa (miskin) selamanya. Belajarlah berdikari tanpa mengharapkan pertolongan seorg MANUSIA, apatah lagi seorg bekas suami….
2) Persoalan yg berkaitan dgn mak mertua dan ipar-duai yg menyakitkan hati…
Dlm mslh ni mang agak berat nak dihadapi. Walaupun saya belum rumahtgga, tapi melihat pengalaman org lain byk beri ilmu pengetahuan pada diri ni. Malah kakak sendiri mengalami mslh yg sama. Manusia ni terdiri dari pelbagai ragam. Masing2 ada karenah tersendiri. Hati manusia ni terlalu sukar nak kita fahami. Cuma Allah yg tahu tahap mana keikhlasan hati sesorg. Cuba berfikiran terbuka dan anggap semua yg berlaku adalah ujianNYA. Fahami ayat2 dlm Surah Insyirah ayat 5 & 6 “tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan”. Jgn terlalu sedih sehingga urusan lain terjejas. Amalkan setiap hari membaca Surah Yasin sbb bila baca Yasin selepas solat subuh, sepanjang hari tuh akan dipermudahkan segala urusan kita oleh Allah. Jadikan bacaan Yasin selepas solat subuh sebagai amalan rutin setiap hari. InsyaAllah, saya jamin akan berlaku perubahan yg lbh baik. Saya juga jadikan amalan ini setiap hari, dan Alhamdulillah saya mang rasa hidup ini lbh baik dari sebelumnya.. rezeki jugak mencukupi… sebenarnya byk amalan yg blh dijadikan amalan dlm rutin harian dlm menundukkan org ataupun nak bagi org lain sayang kita, semua ada dlm Quran. Sbg cth, bila dtg mak mertua atau ipar-duai, masa kita buatkan air dan makanan bacalah doa Surah Yusuff ayat 4, ulang 3x selepas tuh hembus pada minuman yg kita bancuh dan pada makanan yg kita masak tuh dan niat spy mak mertua dan ipar-duai syg pada kita dgn ikhlas. Tak susahkan!
Selain itu, AYATUL MUHABBAH jugak sgt elok dijadikan doa harian. Amalkan ayat ini SETIAP HARI selepas menunaikan solat fardhu 5 waktu. Doa ni adalah utk disayangi & dikasihi oleh suami/isteri, anak2, kaum kerabat, jiran2, rakan2 dan seumpamanya. “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran : Ayat 31). Seeloknya hafal dlm bahasa arab sbb kita kena ikut adab2 semasa berdoa. Doa yg diambil terus dlm Quran, tak boleh dirumikan, kena baca dlm bahasa arab, sbb ayat2 dlm Quran adalah ayat2 Allah, bukan ciptaan manusia yg boleh ditukar2 bahasa. Byk lagi doa yg kita blh amalkan, semua ada dlm Quran. Rujuklah Quran selalu.
Jln terakhir spy mak mertua dan ipar-duai lembut hatinya, amalkan doa pelembut hati. Bila berhadapan dgn mereka, bacalah kerap kali seberapa yg mampu. Doa ni pun elok dibaca selepas baca doa surah Yusuf. “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah…” (Surah Al-Hasyr : Ayat 21)
Tiada mslh berlanjutan sehingga berakhirnya hayat kita. Semua ada penghujungnya, itulah juga ujian keatas kita dkt dunia ni. Dunia ni tak panjang, pejam-celik dah bertukar hari. Jadikanlah hidup singkat kita ni dgn kebahagiaan yg kita cipta sendiri walau sekeliling kita penuh dgn ranjau dan duri.
About these ads
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
(
KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD – KOR AGAMA
TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA
LUMPUR )
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah
SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam
Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika
sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau
wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun
riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan
bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja
manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa
mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan
kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati:
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya
ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang
masa.
Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika
kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum.
Ketika
ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan
pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)