Wednesday 16 April 2014

DOA PENGASIH DAN DOA PELEMBUT HATI…

DOA PENGASIH DAN DOA PELEMBUT HATI…

Bila kurenung komen2 pengunjung blogsku ni, byknya mslh yg lebih berat org lain alami… mcm2 keluhan dan rintihan dipendam… Saya akan membaca kesemua komen2 yg ada… masa yg ada ni selalu terhad, kekdg mang tak sempat nak ulas komen2 yg diberikan. Tapi bukan maksud tiap keluhan yg diluahkan tuh, saja diabaikan. Semua masih lekat dlm minda ni. Cuma masa agak terhad nak ulas dan kekdg ada komen yg berat yg perlukan masa sedikit nak diulas… mslh yg dialami dlm dunia rumahtgga, sememangnya berat dialami. Bak org kata “berat mata melihat, berat lagi bahu memikul”. Ada dua komen yg lates ni saya tak sempat nak balas secara spontan sbb komennya terlalu pjg dan saya perlu teliti membacanya.
1) Persoalan mahu rujuk pada suami yg tak ada tjgwb pada keluarga dan anak2, sedangkan anak2 ramai yg perlu disara.
secara jujur, bila saya ditempat tuh saya tak mungkin akan merujuk semula sbb seorg suami adalah KETUA keluarga… seorg ketua yg Berjaya memimpin org2 dibawahnya perlu menjaga akhlak perlakuannya, perbuatan dan tindakannya… bila sudah jelas seorg suami suka berpoya2 dan sering bertukar pasangan kekasih sehinggakan maksiat dilakukan secara sedar dgn akal yg waras ni… resiko besar PASTI menanti… neraka Allah tuhh luas, ada 7 tingkat… didlmnya sudah ditentukan org2 yg akan menjadi penghuninya… zina jugak ada neraka khas untuknya…. Kekdg saya tak faham, mengapa ada suami yg sanggup melakukan maksiat diluar sdgkan isteri ada dirumah… perkahwinan ni suci… utk mengikat antara 2 hati dan utk mencari ketenangan bukan kesengsaraan… bila suami tak bertgjwb pada hak2 yg dipertgjwbkan keatasnya, tak solat sepanjang hidup dan sering melakukan maksiat.. bukanlah seorg suami yg baik dan tak layak bergelar suami dlm islam… tak perlu mengejar suami sebegini… teruskan usha menyara anak2 seorg diri. Tak hina jadi seorg IBU TUNGGAL andai dlm hati putih bersih dari bersubahat melakukan dosa dgn merujuk semula pada suami lama dan membiarkan sisuami melakukan dosa saban waktu… persoalannya, bahagiakah bila keadaan sebegini berlaku didepan mata? Anak2 benarkah akan terjaga haknya? Bagaimana pulak soal nafkah zahir dan batin si isteri sendiri? Bagaimana kesan pada anak2 ataupun pada zuriat kelak sbb warisan KEJAHILAN sisuami yg akan turun pada zuriatnya. Andai tak bertaubat, anak2 pun bakal ikut perangai siayah. Saya ada baca dalam tulisan uts.zaharuddin, ust mengatakan bila suami atau isteri melakukan maksiat walaupun ‘RINGAN2’ saja, pasti akan turun pada zuriat bila tak bertaubat. Apa tah lagi bila sudah biasa terjebak dlm zina. Mahukah kita hidup senang sedangkan warisan kita tak sempurna akhlaknya… warisan itulah yg akan HALANG kita dari masuk syurga malah diheretnya kita ke neraka.. Nauzubillah…. Kalau saya ditempat siisteri, saya tak akan rujuk balik dgn menganggap HANYA sisuami dpt membantu menyara anak2. Mengapa perlu lupa Manusia ni tak ada kuasa diatas setiap sesuatu… tapi ALLAH itulah yg menggenggam kehidupan kita ni…. Rujuklah pada Rabb, mintalah pertolongan padaNYa… Jadikan doa sebagai ibadah rutin setiap hari. Andai takut soal REZEKI, belajarlah solat sunat dhuha. insyaAllah dgn istiqamah solat tuhh, rezeki lbh mudah dan terbuka luas… Allah tak kejam, manusia itulah yg kejam… sanggup menzalimi diri sendiri dan org lain. Sedangkan hari PEMBALASAN pasti akan menanti kelak dipadang masyar…. Cuba berfikiran terbuka, luaskan minda… jgn terlalu takut soal rezeki. Dulu saya pun sangat takut bab2 rezeki ni sbb saya jugak diuji dgnNYA, malah byk ujian terpaksa saya alami demi meneruskan usaha menyara orgtua saya hingga kepenghujung hayat… jgn merungut tapi cuba belajar memperbaiki diri. Mgkin rezeki kita ni kurang sbb kita malas nak tingkatkan ibadah kita. Kita Cuma nak buat ibadah WAJIB je dan tak mahu buat ibadah sunat. Sedangkan ibadah sunat adalah satu jalan yg sgt baik mencari keredhaanNYA, cth solat sunat dhuha… byk kebaikkan yg kita akan perolehi darinya… makin dekat pada Allah, rasa ketenangan bila dah lakukannya dan bonus paling utama kita dapat, rezeki kita jugak MENCUKUPI… bukanlah maksud solat dhuha tuh bagi kita KAYA, tapi rezeki kita akan cukup dan berkat… Rasulullah jugak mengajar kita dan mengajak kita melakukan sunah baginda dlm soal rezeki spt mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap mlm dgn istiqamah. insyaAllah, janji Rasul iaitu kita tak akan papa (miskin) selamanya. Belajarlah berdikari tanpa mengharapkan pertolongan seorg MANUSIA, apatah lagi seorg bekas suami….
2) Persoalan yg berkaitan dgn mak mertua dan ipar-duai yg menyakitkan hati…
Dlm mslh ni mang agak berat nak dihadapi. Walaupun saya belum rumahtgga, tapi melihat pengalaman org lain byk beri ilmu pengetahuan pada diri ni. Malah kakak sendiri mengalami mslh yg sama. Manusia ni terdiri dari pelbagai ragam. Masing2 ada karenah tersendiri. Hati manusia ni terlalu sukar nak kita fahami. Cuma Allah yg tahu tahap mana keikhlasan hati sesorg. Cuba berfikiran terbuka dan anggap semua yg berlaku adalah ujianNYA. Fahami ayat2 dlm Surah Insyirah ayat 5 & 6 “tiap2 kesusahan, akan ada kesenangan”. Jgn terlalu sedih sehingga urusan lain terjejas. Amalkan setiap hari membaca Surah Yasin sbb bila baca Yasin selepas solat subuh, sepanjang hari tuh akan dipermudahkan segala urusan kita oleh Allah. Jadikan bacaan Yasin selepas solat subuh sebagai amalan rutin setiap hari. InsyaAllah, saya jamin akan berlaku perubahan yg lbh baik. Saya juga jadikan amalan ini setiap hari, dan Alhamdulillah saya mang rasa hidup ini lbh baik dari sebelumnya.. rezeki jugak mencukupi… sebenarnya byk amalan yg blh dijadikan amalan dlm rutin harian dlm menundukkan org ataupun nak bagi org lain sayang kita, semua ada dlm Quran. Sbg cth, bila dtg mak mertua atau ipar-duai, masa kita buatkan air dan makanan bacalah doa Surah Yusuff ayat 4, ulang 3x selepas tuh hembus pada minuman yg kita bancuh dan pada makanan yg kita masak tuh dan niat spy mak mertua dan ipar-duai syg pada kita dgn ikhlas. Tak susahkan!
Selain itu, AYATUL MUHABBAH jugak sgt elok dijadikan doa harian. Amalkan ayat ini SETIAP HARI selepas menunaikan solat fardhu 5 waktu. Doa ni adalah utk disayangi & dikasihi oleh suami/isteri, anak2, kaum kerabat, jiran2, rakan2 dan seumpamanya. “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali Imran : Ayat 31). Seeloknya hafal dlm bahasa arab sbb kita kena ikut adab2 semasa berdoa. Doa yg diambil terus dlm Quran, tak boleh dirumikan, kena baca dlm bahasa arab, sbb ayat2 dlm Quran adalah ayat2 Allah, bukan ciptaan manusia yg boleh ditukar2 bahasa. Byk lagi doa yg kita blh amalkan, semua ada dlm Quran. Rujuklah Quran selalu.
Jln terakhir spy mak mertua dan ipar-duai lembut hatinya, amalkan doa pelembut hati. Bila berhadapan dgn mereka, bacalah kerap kali seberapa yg mampu. Doa ni pun elok dibaca selepas baca doa surah Yusuf. “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah…” (Surah Al-Hasyr : Ayat 21)
Tiada mslh berlanjutan sehingga berakhirnya hayat kita. Semua ada penghujungnya, itulah juga ujian keatas kita dkt dunia ni. Dunia ni tak panjang, pejam-celik dah bertukar hari. Jadikanlah hidup singkat kita ni dgn kebahagiaan yg kita cipta sendiri walau sekeliling kita penuh dgn ranjau dan duri.
About these ads

No comments:

Post a Comment