Perkahwinan
antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai
hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger
tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas
tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya.
Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya
pernikahan itu
Hannah
Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada
wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan
kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama.
Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan
pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak
untuk dicintai!
Mampukah
rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan
yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan
rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana
hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian
terbaik.
"Terima
Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…."
Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak
boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak
marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa
depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual
burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau
nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami
macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu?
Dia tu low class, kau tahu tak?
No comments:
Post a Comment