Monday 14 April 2014

Jenis Tudung Yang Popular | Tips Bertudung

Jenis Tudung Yang Popular | Tips Bertudung

aisy wardina


  • Tudung Artis
Ramai golongan artis yang telah memilih untuk bertudung walaupun masih aktif dalam bidang seni.Mereka tidak menganggap pemakaian tudung boleh menganggu gugat rezeki mereka dalam bidang lakonan,nyanyian atau dalam kategori mengacara sesuatu rancangan di kaca televisyen.Bahkan menjadi kesyukuran setelah diterima baik oleh masyarakat akan penampilan terbaru mereka.Nama nama seperti Wardina,Irma Hasmie,Yuna dan Najwa Latif adalah beberapa contoh artis yang memakai pelbagai jenis fesyen tudung dan ada antara mereka menjadi duta untuk produk tudung tersebut.
Pernahkah anda melihat di kawasan yang tertentu dimana remaja memakai tudung yang hampir sama sahaja antara mereka.Fenomena ini adalah biasa sekiranya ada artis bertudung seperti yuna yang membuat persembahan pada hari tersebut.
  • Tudung Eksklusif
Jenis Fesyen tudung ini adalah unik dan mereka mempunyai peminat yang tersendiri.Setiap kali ada keluaran yang terbaru sudah pasti amat dinantikan oleh peminat mereka.Walaupun harganya mahal berbanding tudung biasa,akan tetapi fesyen tudung ini begitu bergaya dan sesuai digayakan dengan corak pemakaian mereka.
Nama nama seperti Tudung Fareeda,,Tudung Ariani,Tudung Pearl Haya dan Tudung DHaja adalah beberapa contoh pereka fesyen yang sering mengeluarkan perlbagai jenis tudung yang eksklusif dan cantik.
  • Tudung Pengantin
Kini pelbagai tudung pengantin boleh didapati untuk digayakan semasa majlis perkahwinan anda.Tudung pengantin ini amat cantik sekali dan secara tidak langsung dapat mencantikkan seri wajah anda.Sudah pasti anda akan berasa yakin dengan setiap penampilan anda pada hari perkahwinan tersebut.

No comments:

Post a Comment