Tuesday 15 April 2014

Kenali kebaikan Timun

Kenali kebaikan Timun



Timun sering menjadi ulam bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Ia cukup enak dimakan secara mentah dan ada juga yang dimasak terlebih dahulu. Namun, tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulam? Ayuh kita tinjau apakah khasiat tumbuhan yang membiak dari biji benih ini.
timun
KANDUNGAN
✔ Kaya dengan kandungan mineral
✔ Kalsium
✔ Fosforus
✔ Zat besi
✔ Vitamin C
KHASIAT TIMUN

1. Diet Harian
❥ Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
❥ Amalan memakan timun membantu mengatasi sembelit.
❥ Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
2. Kulit.
❥ Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
❥ Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
❥ Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
❥ Kulit timun membantu memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari.
3. Rambut.
❥ Timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur.
4. Sistem Penghadaman.
❥ Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser mulut keasidan, pedih hulu hati dan gastrik.
❥ Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.
5. Penyakit.
❥ Kajian mendapati timun mengandungi lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol-3 lignans yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan kanser ovari.
❥ Jus timun bermanfaat untuk penyakit kencing manis. Ia mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk menghasilkan insulin.
❥ Pengambilan kerap membantu melarutkan kencing atau batu karang.
❥ Timun kaya dengan vitamin A, B1, B6, C, D, folat, kalsium, magnesium dan kalium. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, ia membantu melegakan gout dan sakit arthritis dengan merendahkan tahap asid urik.
❥ Jus timun mengandungi banyak kalium, magnesium dan serat yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah.
6. Gusi dan Gigi.
❥ Juga timun juga bermanfaat bagi anda yang mengalami masalag gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.
7. Mata.
images (1)

❥ Jika anda mengalami mata letih dan bengkak, tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
TIP

Jika anda ingin membeli timun, pastikan ia berwarna hijau tua dan keras apabila dipegang. Elakkan timun yang terlalu masak (berwarna kuning) kerana kebiasaannya ia mengandungi lebih banyak serta yang tidak larut dan benih matang.
Anda juga boleh memilih timun organik untuk mendapatkan kandungan nutrien lebih tinggi dan rasa yang lebih sedap.
✤✤✤Ambil sepotong timun sebagai kudapan dan nikmati kebaikannya. Kulit timun kaya vitamin C. Oleh itu makanlah timun dengan kulitnya sekali✤✤✤
✤✤✤Ia mencegah dehidrasi. Kandungan air dari tiumun hampir 95% dan membantu mencegah dehidrasi✤✤✤

No comments:

Post a Comment