Tuesday 15 April 2014

SINOPSIS PROJEK MEMIKAT SUAMI

SINOPSIS - PROJEK MEMIKAT SUAMI


Daku Amat Menyintai Mu

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu, sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tidak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Nawwal Husna melayari hidup berumah tangga berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nwl. Husna

Akhirnya Nawwal Husna berjaya memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin. Namun setelah mereka sudah menemui cinta, wujud pula penghalang disebabkan rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru sahaja hendak bercambah itu?

No comments:

Post a Comment